Breaking News
Loading...
Tuesday, October 15, 2013

Masalah Nissan Almera

8:51 PM
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 


Selama Setahun Nissan Almera berada di pasaran, memang tidak akan dapat lari daripada masalah yang di hadapi oleh pemiliknya.

Masalah utama ialah Nissan Almera Jimat Minyak?

Ramai yang mengadu tiada penjimatan yang berlaki setelah mereka memiliki Nissan Almera ini, mereka terasa tertipu dengan iklan dan review yang mengatakan Nissan Almera ini Jimat Minyak.

Tetapi ramai juga yang mengatakan Nissan Almera memang jimat minyak. Jadi camne boleh terjadi begini?

Berdasarkan pengalaman customer, cara pemanduan dan berat kereta, rim mempengaruhi kadar penjimatan minyak Nissan Almera, Jika kereta anda tidak melakukan sebarang modifikasi Rim, tayar dan hanya menggunakan Standard sahaja. Penjimatan akan berlaku.

Lagi 1, biasanya selepas servis yang pertama baru anda akan lihat bahawa Nissan Almera ini memang JIMAT Minyak.

Jika anda masih tak puas hati dengan penerangan saya ini, boleh hubungi saya segera untuk maklumat lanjut:
Muhammad Hazman 
Nissan Sales Advisor Expert
Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan,Putrajaya,Kl, Selangor
Untuk maklumat lanjut : SMS /Wussup ke 019-7431934

40 comments:

  1. Mmg diakui almera jimat minyak, yg penting gaya pemanduan dn beban yg dibawa mesti berasas.. pada kelajuan 100-120 dgn mengekalkn rpmx 1000 antara 2.5 hingga 3 saya mmpu travel dr sungai besi ke gemas dgn 2 bar minyak dlm rm20, dgn tiada pecutan yg mndadak bru pnjimatan ini tercapai

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai pengguna baru almera nk tahu kos untuk service. Ini boleh menjadi panduan bila nak buat budget
    1st service
    2nd service
    3rd service
    dan seterusnya...
    Ini mungkin juga boleh jadi panduan untuk pembeli baru bila nk pilih untuk membeli almera

    Terimakasih
    Aziz Rahim

    ReplyDelete
  3. Saya baru dapat kereta pada 17/2/15, saya cuba pada kelajuan 130 di highway, tapi rasa macam tak stable dan float.

    ReplyDelete
  4. Saya nak bertanya, lepas 2nd servis 5000KM bila saya pandu lebih dari 80km/h, saya rasa macam bunyi enjin lebih kuat dari biasa especially bila dah cecah 120km/h ke atas. Sebelum ini takde masalah begitu.

    ReplyDelete
  5. Saya nak bertanya, lepas 2nd servis 5000KM bila saya pandu lebih dari 80km/h, saya rasa macam bunyi enjin lebih kuat dari biasa especially bila dah cecah 120km/h ke atas. Sebelum ini takde masalah begitu.

    ReplyDelete
  6. Saya dah pakai 5 tahun .nissan almera.dah 4 bulan.Ada masalah brake sensor.selalu rosak.bila rosak,semua lampu brake tak berfungsi,Dan kena tukar fius...
    Ada sapa2 yg tahu,masalah apa ini

    ReplyDelete
  7. saya baru guna 5 bulan almera.tapi dah kena claim warranty bearing rim belakang.memang almera kebanyakkan alami masalah yang sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...saya pon.kna...kawan saya pakai pon sama kna ganti bearing jga

      Delete
    2. yeah..sy da pkai 5 tahun..n da tkr bearing blkg kiri dan kanan..mmg pomen ckp nissan almera masalah bearing..once da tukar ok la..

      Delete
  8. Saya dah menggunakan nissan almeera since 4 thn yg lps....tp kali nie saya hairan bila hujan lebat ...dlm kereta bahagia depan sblh driver hingga ke blkg ....banjir . Air bertakung ....tak tahu dtg dari mana ....sila beri pencerahan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka bonet blakang then buka cover sbelah kanan.. Ada penutup getah hitam yg tercabut.. Melalui lampu sbelah kanan

      Delete
    2. Betul....kena seal penutup tu dgn silikon....saya dah kena now ok

      Delete
  9. Dlm Kereta bertakung dgn air .....entah dtg dari mana .....sila beri pencerahan

    ReplyDelete
  10. Sy baru beli nissan almera terpakai 2014.sy xpernah pakai kereta nissan.sy beli nissan almira vl1.5.saya rasa under power.bila sy bwk dijalan rata dan lurus tiba2 meter engine naik tinggi dan enjine meraung.apakah guna simbol avg dan ps pd meter

    ReplyDelete
  11. Nissan almera saya mmg jimat minyak,,sejak akhir2 ni je ade masalah semput sikit xtau smaada coil yg ditukar bermasalah atau x sesuai

    ReplyDelete
  12. Saya cadang nak beli Almera VL setelah tak puas hati dengan City Dan Vios.
    Dalaman Vios kecil tapi performance ok.
    handling City kasar dan kerusi yang keras tapi tiada penyakit.

    Dalaman Almera luas dan selesa untuk penumpang tapi...


    Saya cuma harap ia kurang meragam, design Dan piwer biasa tiada masalah bagi saya.

    Saya guna City 2011 Dan pengguna Vios. Harap dapat nasihat dari kalian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pkai da lame.alhamdulillah tiada masalah.
      just pnh tkr bearng blkg n motor kipas..yg lain xde mslh.ruang luas.cuma almera ni perfrmnce die kurng.mgkn sbb agak berat.tp sgt selese untk fmly..

      Delete
    2. Sy juga pengguna almera thn 2014. Setakat ni sudah 120k meter dan pernah la ada kerosakan motor kipas dan bearing belakang sblh kiri. Skrg ni rasanya akan tukar lg bearing bhgian belakang sbb sudah mula kedengaran bunyi. Yg lain setakat ni masih ok.

      Delete
  13. Meter keta tibe2 x berfungsi lngsung.Ade x yg hdapi mslh mcm sy.klunade tlg bgtau ape mslh.sy dah 5thn pkai nissan almera

    ReplyDelete
  14. Bagaimana cara utk melihat suhu panas) temp) pada bacaan digital.(almera tahun 2013)

    ReplyDelete
  15. Almera saya nei ada masalah bering belakang.....tak sampai 3 tahun bering dah masalah....mmg almera nei ada masalah bering belakang ya? bau 2 bulan beli ari tu dah break bunyi kuat....nei bering pulak....

    ReplyDelete
  16. Almera saya nei ada masalah bering belakang.....tak sampai 3 tahun bering dah masalah....mmg almera nei ada masalah bering belakang ya? bau 2 bulan beli ari tu dah break bunyi kuat....nei bering pulak....

    ReplyDelete
  17. Nissan almera model VL 2019 ade masalah x

    ReplyDelete
  18. Horn xfuntion almera 2013..pomen check clock spring dlm steering rosak..ada sape2 blh suggest utk settle problem..

    ReplyDelete
  19. Almera 2013.Bila hujan keta macam banjir. Habis bonet penuh air, bwah karpet pun penuh air. Xtau nk buat apa dh. Tolong bg info skit

    ReplyDelete
  20. Almera sayapun sama.banjir belakang sampai carpet asyik basah.Punca Mungkin kondensasi.Bering belakang lepas 3 tahun rosak.

    ReplyDelete
  21. saya pengguna almera tahun 2015. bearing belakang dah tukar. air cond pun dah banyak part tukar. skrg keluar pulak simbol PS di meter. Apa problemnya ni?

    ReplyDelete
  22. Sy pengguna almera black siri tahun 2018..stakat ni dah 3biji bearing tukar dan dah 2kali keluar simbol check enjin..hampeh brand nissan..

    ReplyDelete
  23. Almeera saya pun masuk air dalam bonet belakang Dan bahagian dalam sebelah driver hingga ke belakang..boleh bagi pencerahan Dan berapa kos untuk baiki?terima kasih

    ReplyDelete
  24. Nissan ni macam phone Samsung. Kena beli yang flagship baru pakai puas hati. Kalau beli yg bawah2 ni mcm2 ragam.

    ReplyDelete
  25. Kereta yang sangat bermasalah.. Even seller yg cakap diatas pon xakan pakai kereta ini... Promote saja lebih.. Jgn percaya pada nissan.. Kereta malaysia jauh lebih baik dan murah.. Dri pengguna nissan yg sgt kesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama encik. Kesal sangat. Dah la nk tanggung hutang lagi 6 tahun.. menyesal sangat2.

      Delete
  26. Enjin semput bila on air cond masa drive

    ReplyDelete
  27. Saya baru nk beli 2nd. Nampaknya kansellah

    ReplyDelete

 
Toggle Footer